NOTA TERMOKIMIA SEM 5

INTERAKSI 1

HUKUM PERTAMA TERMODINAMIK

1. Tenaga ialah keupayaan melakukan kerja

2. Tenaga merupakan ciri-ciri sesuatu jirim

3. Terdapat tiga jenis tenaga dalam sesuatu sistem :

   a) tenaga kinetik ( Tk)

   b) Tenaga keupayaan (Tp)

   c) Tenaga dalam ( U)

4  Tenaga boleh berubah bentuk:

   contoh dalam pembakaran enjin kenderaan 

   Tenaga kimia →tenaga haba →tenaga mekanik

 

PEMINDAHAN TENAGA

•Contoh bagi pemindahan tenaga ialah pemindahan tenaga haba di antara dua jasad yang mempunyai suhu yang berbeza

•Haba akan mengalir daripada jasad yang mempunyai suhu tinggi kepada jasad yang bersuhu rendah.

 

HUKUM PEMULIHARAAN TENAGA

•Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Ia hanya berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.

•Ini membawa maksud tenaga bagi alam ini adalah malar (tetap).

•Tenaga bagi satu  (sistem + persekitaran) adalah malar.

 

TENAGA DALAM (U)

•Tenaga kinetik (Tk ) adalah tenaga yang diperolehi oleh sesuatu objek kerana pergerakannya.
•Tenaga Keupayaan (Tp ) adalah tenaga yang diperolehi oleh sesuatu objek kerana kedudukannya.
•Setiap zarah di dalam sesuatu sistem mempunyai tenaga keupayaan dan tenaga kinetik.
•Jumlah tenaga keupayaan dan kinetik bagi semua zarah di dalam sistem adalah tenaga dalam bagi sistem tersebut.

 

TENAGA DALAM (E)

•Tenaga dalam, E = Tk   +   Tp  
•Tenaga dalam   bagi sesuatu sistem tidak dapat ditentukan, namun perubahan tenaga dalam sistem boleh ditentukan,

  ∆E = Ef  -  Ei

•Di mana Ef    dan  Ei  adalah tenaga dalam sistem pada kedaan awal dan keadaan akhir sistem.
 
 

HUKUM PERTAMA TEMODINAMIK

•Apabila sesuatu sistem mengalami perubahan fizikal atau kimia, perubahan  tenaga dalam diberi oleh haba yang ditambahkan atau diserap oleh sistem ditambahkan dengan kerja yang dilakukan oleh sistem atau ke atas sistem.

  ∆E = q  +  W

  ∆E : perubahan tenaga dalam

  q    : haba

  W  : kerja

 

TINDAKBALAS ENDOTERMIK DAN EKSOTERMIK

•Tindakbalas endotermik adalah tindakbalas kimia atau perubahan fizikal yang mana haba diserap ( ∆q positif) oleh sistem.
•Tindakbalas eksotermik adalah tindakbalas kimia atau perubahan fizikal yang mana haba dibebaskan (∆q negatif) daripada sistem.